Semasa
Semakan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang (Time Based) DG41-DG44 boleh dibuat sekarang melalui pautan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM. Atau melalui pautan ini:
Semak Naik Pangkat DG41-DG44
Harap maklum.
Hari Keluarga Warga SMK Sering 2012
Guru-guru dan kakitangan adalah dijemput memeriahkan Hari Keluarga yang akan diadakan:
Tarikh: 11-12 Mei 2012
Tempat: Perdana Beach Resort, PCB
Tempahan untuk menginap di resort hendaklah berhubung dengan Tn Hj Haszemi b Harun (0129219052).
Sekian, terima kasih.
Hari keluarga tempat dan tarikh seperti di atas dibatalkan atas sebab-sebab teknikal yang sukar untuk dijelaskan di sini. Segala kesulitan sila berhubung dengan Tn Hj Haszemi b Harun (no tel seperti di atas). Harap maklum.
Program Motivasi Keibubapaan
Pengisian: Solat Hajat dan Ceramah Motivasi
Tarikh: 11 Februari 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat : Dewan Prudence
Semua ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 di jemput hadir.
Majlis Sambutan Maulidur Peringkat SMK Sering
Tarikh: 12 Februari 2012
Masa : 8.00 pagi-9.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan (Vision Square)
Pengisian: Ceramah Maulidurrasul oleh Tuan Imam Masjid Bachok.
Peperiksaan SPM 2011
Bermula 14 November sehingga 14 Disember 2011. Peperiksaan berjalan lancar. Guru terlibat dalam memberi bantuan kepada calon yang menghadapi masalah tertinggal slip menduduki pepriksaan dan sebagainya.

SEMAK...Beberapa orang calon SPM SMK Sering sedang meneliti kertas peperiksaan SPM 2011 yang telah mereka ambil
Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat SPM 2011
Majlis Restu Ilmu
Tarikh : 9 November 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Musalla Ismaili
Solat Hajat
Tarikh: 9 November 2011
Masa : 6.30 petang
Tempat:Musalla Ismaili
Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Bermula 19 Oktober - 3 November 2011. Peperiksaan penting ini akan menjadi pengukur terhadap penguasaan pelajar mempelajari ilmu yang diajar sepanjang tahun 2011. Bagi guru, ianya akan menilai sejauhmana keberkesanan mengajar di dalam kelas.

PERAH OTAK...Pelajar 4 Sains 1 sedang menjawab soalan peperiksaan akhir tahun 2011
Usah takut dengan peperiksaan. Harungilah peperiksaan dengan persediaan yang cukup. Persediaan yang cukup merupakan motivasi diri yang kuat untuk menghadapi ujian hidup dalam peperiksaan.
Pelawaan Untuk Menjadi Wartawan Berita SMK Sering
Dengan ini dipelawa kepada semua pelajar SMK Sering untuk menjadi wartawan sambilan bagi membekalkan sumber berita kepada laman web ini. Berita yang dibekalkan hendaklah disertakan dengan foto dan siap ditulis. Ianya akan diedit oleh admin sebelum disiarkan. Pelawaan ini terbuka kepada semua pelajar. Pelajar juga boleh menghantar puisi seperti sajak, pantun, cerpen dan sebagainya untuk disiarkan. Harap maklum.
Kem Bahasa Arab di Kuala Koh 2011

Persatuan Bahasa Arab SMK Sering telah menganjurkan Kem Bahasa Arab 21-23 April 2011 di Kuala Koh, Gua Musang. Seramai 40 pelajar dan 6 orang guru pengiring terlibat program selama 3 hari 2 malam itu. Aktiviti-aktiviti seperti Nightwalk, Canopy Walkway, jungle trecking, mandi sungai dan memberi ilmu baru kepada peserta.
SPM 2010: Nik Norizan Pecah Rekod Dapat 9A
Kualiti pelajar yang cemerlang SPM 2010 meningkat berbanding 2009 dan pelajar yang tidak diduga (kurang menonjol) mendapat keputusan yang tidak disangka-sangka. Ini seperti Muhamad Aiman dari 5Sains1 mendapat 5A dan Nor Aisha dengan 4A. Diramal straight A's, bagaimanapun Nik Norizan membawa pulang 9A dengan penuh bergaya. Diikuti oleh Nik Noor Shamimi 7A, Che Nor Asyikin 6A, Suhaila 6A, Muhammad Aiman 5A, Muhamad Azhar 5A, dan Nor Aisha Sohaimi 4A. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam SPM 2010. Tahniah dari admin smksering.layar.net.

Nik Norizan -9A Nik Noor Shamimi -7A

Muhamad Aiman - 5A Che Nor Asyikin - 6A

Suhaila - 6A Nor Aisha - 4A

Mohamad Azhar - 5A
Pengisian Maklumat Guru Dalam EMIS Online
Semua guru diminta mengisi maklumat perkhidmatan semasa menggunakan Sistem E-Operasi. Maklumat lanjut mengenai pengisian sila hubungi Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Yah bt Mamat.
Bacaan Yasin Waktu Pagi
Para guru dan pelajar membaca Yasin selama 15 minit setiap pagi sebelum p&p bermula. Program ini adalah aktiviti harian bagi membentuk rohani dan memantapkan sahsiah diri pelajar.

GURU Kanan Bahasa, Pn Wan Rusnani bt Wan Yusoff khusyuk
membaca Yasin.
.
PELAJAR 4SC1 sedang membaca Yasin di beranda kelas mereka.
Ujian UBB1 2011
Ujian UBB pertama tahun 2011 bermula 6 hingga 10 Mac 2011 ini diduduki oleh semua pelajar SMK Sering. Ujian ini dijalankan untuk mengetahui penguasaan pelajar selama 10 minggu belajar dalam tahun 2011. Keputusan ujian UBB1 ini akan diketahui apabila penggal baru bermula pada 20 Mac 2011.
TEKUN...Pelajar 1 Alpha sedang menjawab soalan Bahasa Arab dalam ujian UBB1 pada hari kedua ujian.
{jcomments on}
Last Updated (Wednesday, 16 May 2012 22:40)













